PETALING JAYA – Isu berkaitan penggunaan ikan di dalam masakan laksa yang tular baru-baru ini di laman Facebook mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terdahulu, terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan terdapat satu komen yang menyelar kenyataan tersebut.
“Sekurang-kurangnya kami tidak tertukar laksa dan spageti untuk digunakan di dalam masakan. Apa guna buat laksa tetapi menggunakan spageti. Itulah, orang nak masak laksa, dia nak masak juga,” komen Mastika Halim.
Berikutan hal itu, Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul,” kata beliau.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “ orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.- K! ONLINE.