fbpx

Guru besar ditahan salah guna wang zakat asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan ditahan hari ini selepas disyaki mengeluarkan wang bantuan zakat untuk anak-anak asnaf demi kepentingan diri sendiri.

Penahanan suspek lelaki berusia 50-an dilakukan pukul 4 petang tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daerah ini.

Sumber berkata, perbuatan penjawat awam yang bertugas di sebuah sekolah di negeri ini itu disyaki dilakukan pada 2019.

“Suspek dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah terbabit bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat untuk anak-anak asnaf berjumlah RM70,000 dari sebuah bank.

“Bagaimanapun, wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri beliau sendiri,” katanya di sini hari ini.

Sumber menjelaskan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk proses permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI