fbpx

Federer tersingkir pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDERER tewas 4-6, 6-4, 4-6 kepada Pablo Andujar dari Sepanyol pada pusingan pertama Terbuka Geneva. – AFP

GENEVA – Bintang tenis dunia, Roger Federer dilihat masih belum pulih sepenuhnya apabila tewas mengejut seawal pusi­ngan pertama di Terbuka Geneva, Switzerland semalam.

Federer, 39, yang kembali menyertai siri Jelajah ATP di gelanggang tanah liat Terbuka Geneva mempamerkan aksi positif, namun terpaksa akur disingkirkan pemain Sepanyol, Pablo Andujar dengan keputusan 4-6, 6-4, 4-6.

“Saya gembira dapat turun semula ke gelanggang ini tetapi sudah tentu kecewa apabila tewas seperti ini. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan sekarang, apatah lagi mencari punca kekalahan ini.

“Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik ketika membuat keputusan beraksi di Terbuka Geneva. Saya bermain sangat cemerlang dalam sesi latihan, cuma segalanya berbeza ketika dalam perlawanan sebenar.

“Saya sangat kecewa kerana saya mengharapkan dapat kekal bertahan dan bersaing dengan pemain-pemain lain untuk mencari rentak semula,” katanya.

Federer yang kini menduduki ranking kelapan dunia, terlepas kebanyakan sepanjang saingan musim 2020 selepas menjalani dua pembedahan kaki sebelum dia kembali ­beraksi secara kompetitif pada Terbuka Qatar, Mac lalu, namun terkandas di peringkat suku akhir.

Dalam masa sama, Federer mengakui, tumpuannya ketika ini terarah kepada saingan ge­langgang tanah liat di Terbuka Perancis memandangkan ja­guh dari Switzerland itu masih mempunyai masa untuk memperbaiki permainannya.

“Roland Garros bukanlah fokus utama ketika ini tetapi saya masih mempunyai masa melakukan persiapan untuk kejohanan-kejohanan akan datang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN