BERPAKAIAN baharu bagi meraikan Aidilfitri adalah satu kemestian umat Islam dalam memeriahkan lagi sambutan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Tidak kira tua atau muda, semuanya akan bergaya sakan dengan baju raya baharu bahkan ada yang tampil serba seragam bersama keluarga atau pasangan dengan tema warna pilihan. Bagi pencinta kucing, si comel itu juga tidak ketinggalan untuk digayakan bagi ‘menyambut’ lebaran bersama tuannya. Haiwan peliharaan itu akan dipakaikan dengan busana raya lengkap berbaju Melayu dengan samping dan songkok atau baju kurung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya