fbpx

Ben Ali, Nadiyah sumbang RM40,000 untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Ali dan isteri, Nadiyah Shahab.

PETALING JAYA – Dalam usaha mengurangkan beban penderitaan rakyat Palestin, usahawan dan pelakon Ben Ali serta isteri, Nadiyah Shahab tampil menyalurkan bantuan bernilai RM40,000 menerusi hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat.

Ben menerusi hantaran dalam Instagram memberitahu, pihaknya telah menyalurkan sumbangan tersebut kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain sumbangan peribadi berjumlah RM12,000.

“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.

“Jumlah sumbangan ini mewakili sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami. Pada masa sama, isteri saya, Nadiyah juga buat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000,” tulis Ben.

Pada hantaran sama, dia dan isterinya sangat terkesan dengan penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin terutama wanita serta kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman Rejim Zionis.

Ben turut berharap agar sumbangan kecil tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban saudara Islam yang berada di bumi Gaza.

“Saya dan isteri ingin mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong barangan jualan kami kerana secara tidak langsung anda turut membantu menjayakan sumbangan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI