JAKARTA – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting didakwa merupakan artis paling kedekut kerana tidak pernah memberikan derma kepada pengemis, lapor Suara.com kelmarin.
Kenyataan tersebut dimuat naik menerusi Facebook oleh seorang netizen yang mendapat tahu penyanyi itu pernah menghalau sekumpulan pengemis yang datang ke rumahnya meminta wang Tunjangan Hari Raya (THR) iaitu wang upah menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Sebelum Aidilfitri, saya bersama ibu pergi ke Depok dan kami terlihat sekumpulan pengemis.
“Setiap kali hari raya, mereka akan meminta wang dari rumah orang kaya dan salah seorang daripada mereka berkata belum pergi ke rumah Ayu Ting Ting,” tulis netizen itu.
Namun, salah seorang daripada mereka kemudian berkata dia enggan ke rumah penyanyi cantik itu kerana Ayu tidak pernah memberikan wang malah akan mengusir pengemis yang datang.
“Orang lain sekurang-kurangnya akan beri 5 ribu rupiah (RM1.50) namun Ayu langsung tidak pernah berikan wang,” demikian kata salah seorang pengemis itu.
Begitu pun, kebenaran daripada dakwaan tersebut belum diketahui dan Ayu tidak memberikan sebarang komen tentang dakwaan itu. -Agensi