PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi dengan 59 kes hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 2,099 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga meningkat dengan 50,171 kes termasuk 587 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 330 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 6,806 kes baharu dicatatkan hari ini dengan dua daripadanya kes import, menjadikan sebanyak 492,302 kes positif Covid-19 di Malaysia.
“Angka sembuh pula merekodkan sebanyak 3,916 kes dan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 440,032 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE