fbpx

29 PATI ditahan dalam Ops Benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ops Benteng semalam juga merampas lapan buah kenderaan berat.

“Sebanyak 146 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 468 individu dikompaun manakala 27 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri (143); tidak memakai pelitup muka (126), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84), tiada penjarakan fizikal (47), aktiviti pusat hiburan (15), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (8) dan lain-lain kesalahan (72),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI