fbpx

136 penduduk Kampung Parit Dato Onn diarah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis arahan penutupan Surau Kampung Parit Dato Onn Ayer Baloi, Pontian, Johor, yang diarah tutup selama 10 hari bermula 18 Mei lalu.

PONTIAN – Seramai 136 penduduk Kampung Parit Dato Onn, Ayer Baloi, di sini diarah menjalani kuarantin di rumah manakala 47 individu telah menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Pekan Nanas (KK3) semalam.

Pegawai Kesihatan Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD ) Pontian, Dr. Surinah Asan berkata, Surau Kampung Parit Dato Onn yang menjadi punca berlakunya kes Covid-19 telah diarah tutup selama 10 hari bermula 18 Mei 2021.

“Kes telah dikesan pada 12 Mei dan sehingga semalam, terdapat lima kes dikesan melibatkan dua keluarga yang hadir ke surau menunaikan solat tarawih.

“Kes pertama melibatkan adik-beradik manakala kes kedua melibatkan suami isteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Surinah, hasil siasatan yang dijalankan pada hari yang sama, seramai 39 orang jemaah surau dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penduduk Kampung Parit Dato Onn, mematuhi arahan kawalan dan pencegahan Covid-19, mematuhi porsedur operasi standard (SOP) iaitu memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman, penjarakan fizikal dan elakkan sentuhan fizikal.

“Premis perniagaan yang terdapat di kampung tersebut juga diarah menutup perniagaan mereka mulai 19 hingga 20 Mei untuk tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermulanya atau merebak sesuatu penyakit berjangkit” ujarnya.

Dr. Surinah juga meminta jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di daerah ini meningkatkan lagi tahap kawalan masing-masing dengan memastikan semua jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI