fbpx

Wanita maut disyaki terjun dari tingkat 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang wanita dilaporkan maut dipercayai terjun dari tingkat empat pusat beli-belah di Damansara hari ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga tempatan ditemui maut selepas disyaki terjun dari tingkat 4 di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam berhubung kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 33 tahun.

“Mangsa disyaki telah terjun dari tingkat 4 di pusat beli-belah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Fakhrudin, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian,” jelasnya.

Terdahulu, pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian terbabit.

Pihak pengurusan tersebut turut memohon orang ramai yang mempunyai sebarang masalah untuk menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Befrienders di talian 03-76272929 untuk berkongsi masalah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI