SHAH ALAM – Satu sindiket tidak sempat mengedarkan stok arak seludup sebanyak 27,216 tin minuman keras apabila diserbu di sebuah premis di Taman Segar Subang di sini, hari ini.
Dalam serbuan sepasukan anggota dan pegawai Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am ( PGA ) pukul 7.30 pagi itu turut menahan empat lelaki dengan tiga daripadanya warga Mynmar berusia 26 hingga 43 tahun.
Komander Bridged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, siasatan awal mendapati sindiket memperoleh bekalan stok itu pada dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Kesemua arak seludup pelbagai jenama itu diletakkan dalam 1,134 kotak dengan jumlah rampasan dianggarkan RM 849,844,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, hasil siasatan awal turut mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak setahun lalu.
“Pasaran mereka adalah sekitar Lembah Klang. Kes disiaasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE