fbpx

Suspek curi mesin bitcoin diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Noor Yusof Ali (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian mesin melombong bitcoin dirampas di kawasan premis perniagaan dekat Sungai Karang Pantai, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis berjaya memberkas tujuh lelaki yang dipercayai sedang mencuri mesin bitcoin dianggarkan bernilai RM50,000 di kawasan sebuah premis perniagaan di Sungai Karang Pantai di sini sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua suspek warga tempatan berumur antara 22 hingga 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi hasil risikan dan maklumat awam.

“Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Beserah yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu dan ketika pemeriksaan dilakukan mereka sedang mengangkat peralatan mesin bitcoin ke dalam lori.

“Hasil soal siasat awal juga mendapati mereka turut terbabit dalam kegiatan pecah bangunan yang dijadikan tempat melombong bitcoin sebelum meneruskan aktiviti mencuri peralatan berkenaan,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 66 unit mesin bitcoin, peralatan pecah rumah dan menyita sebuah lori serta kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan berkaitan premis dan pusat perlombongan bitcoin terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan dan Seksyen 28 (1)(i) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga enam bulan atau denda.

“Ekoran daripada kejadian itu kesemua suspek turut didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI