fbpx

Sikap antivaksin sangat memualkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / FAISOL MUSTAFA

MASIH tidak terlambat diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca akhbar Kosmo! dan pelayar laman web Kosmo! Online.

Walaupun akhbar Kosmo! tidak diterbitkan selama tiga hari ketika Aidilfitri, pembaca akhbar ini tetap setia melayari Kosmo! Online, terima kasih diucapkan.

Hari raya tahun ini sama seperti tahun lalu, kita tidak boleh balik kampung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi nampaknya kali ini ‘akal’ orang ramai bermacam-macam.

Ada yang cuba-cuba nasib balik kampung, ada lebih 100,000 orang yang ada surat kebenaran selamat beraya dengan orang tersayang.

Tinggal lebih 4,000 yang lain dikompaun dan diarah berpatah balik kerana mencuba nasib balik kampung tanpa kebenaran di seluruh negara.

Jangan pula anda semua membawa virus Covid-19 balik kampung sekali sehingga ada kluster dan akhirnya kerajaan disalahkan kerana melaksanakan PKP.

Teringat pula kisah sedih seorang jiran sehari sebelum Aidilfitri memang menduga apabila dia disahkan positif Covid-19.

Terpelanting semua persiapan hari raya dan akhirnya berendam air mata kuarantin seorang diri di bilik bermula pada malam raya sehingga minggu depan.

Apa yang dikesalinya adalah jangkitan itu disyaki diperolehi daripada seorang saudaranya yang datang ke rumah tanpa dijemput seminggu sebelum itu untuk berbuka puasa.

Saudaranya itu walaupun kelihatan tidak sihat (bergejala) tetapi tetap jugak datang ke rumahnya dengan niat hendak merapatkan siratulrahim.

Seminggu kemudian satu keluarganya turut ada simptom Covid-19 seperti demam teruk, selesema dan sakit seluruh badan.

Sehari sebelum Aidilfitri dia menggagahkan diri ke klinik untuk saringan Covid-19 dan keputusannya adalah positif.

Sudah terduduk dan sedih dengan keputusan itu memandangkan dia ada bayi yang masih menyusu badan sepenuhnya.

Paling yang dikesalkan adalah reaksi keluarga saudaranya yang tidak mengendahkan berita si jiran itu positif penyakit itu malah menganggap jangkitan itu perkara biasa.

Bagi mereka buat apa ke klinik sehingga buang duit untuk saringan sedangkan pandemik itu masih belum ada ubat.

Kata-katanya boleh dianggap sebagai pentingkan diri sendiri malah turut menolak untuk menerima vaksinasi.

Sikap ini tidak menyusahkan diri sendirinya sendiri sebaliknya menyusahkan keluarga orang lain.

Paling tidak rasa bersalah orang itu tetap datang ke rumah jiran berkenaan untuk beraya walaupun dia tahu di situ ada pesakit yang dikuarantin kendiri.

Sangat memualkan kisah benar ini, ia bukan golongan ‘bumi itu petak’ sebaliknya mereka adalah golongan profesional yang belajar hingga ke luar negara.

Maaf sikap anda memang mual dan jelik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI