fbpx

Peningkatan kes Covid-19, netizen mahu ‘full lockdown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Angka kes Covid-19 yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini membuatkan netizen berasa perlunya kerajaan untuk melakukan sesuatu.

Perkataan ‘Lockdown’ sohor kini di laman media sosial Twitter apabila ia mendapat ciapan lebih daripada 207,000 kali oleh netizen setakat pukul 3 petang hari ini.

Rata-rata netizen melahirkan pelbagai pandangan dan reaksi serta berharap agar kerajaan segera melakukan ‘full lockdown’.

Seorang pengguna Twitter, @annvrzvlfvh memberikan cadangan untuk melakukan ‘lockdown’ selama dua minggu atau sebulan bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

“Cubalah lock dua minggu atau sebulan. Kalau risau macam mana nak survive, semuanya akan okay. Allah Maha Pemberi Rezeki, jadi percayalah Dia. Insya-Allah ada rezeki yang terbaik untuk kita.

“Yang berkemampuan boleh hulurkan bantuan kepada yang kurang berkemampuan. Takkan nak tunggu sampai kes 10 ribu,” ciapnya

Sementara itu, @fzrlazri menegaskan jika kes terus meningkat, fasiliti hospital juga berkemungkinan tidak lagi dapat menampung pesakit, justeru itu dia berpendapat ‘lockdown’ adalah satu keperluan.

“Jika ini berterusan (kes terus meningkat) kita punya hospital juga tidak dapat menampung (pesakit-pesakit).

“‘Lockdown’ bukan satu pilihan tetapi adalah keperluan walaupun sekecil-kecil daerah,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI