fbpx

Penduduk Kota Setar ‘serbu’ klinik buat saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Alor Setar membuat ujian saringan Covid-19 untuk tujuan merentas daerah susulan penguatkuasaan PKPD di Kota Setar bermula hari ini.

ALOR SETAR – Penduduk sekitar Alor Setar dilihat mula memenuhi klinik kesihatan kerajaan dan swasta bagi melakukan ujian saringan Covid-19 bagi tujuan merentas daerah seperti disyaratkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebanyak 28 mukim di daerah Kota Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 1 Jun depan.

Tinjauan pada pagi ini mendapati lebih 100 orang memenuhi Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar untuk melakukan saringan manakala keadaan agak lengang di Klinik Kesihatan Langgar di sini.

Sementara tinjauan juga mendapati temujanji untuk melakukan saringan di beberapa klinik swasta telah penuh.

Di sebuah klinik swasta di Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini, orang ramai beratur sejauh kira-kira 200 meter untuk melakukan saringan.

Selain itu, terdapat juga yang menunggu giliran di dalam kenderaan masing-masing sejauh kira-kira 500 meter untuk melakukan ujian sama bagi perkhidmatan saringan secara pandu lalu.

Penduduk, Rosli Zulkifli,48, yang bekerja dalam sektor pembinaan berkata, dia perlu merentas daerah bagi tujuan menghantar barangan.

“Hampir setiap hari saya perlu keluar daerah untuk menghantar barangan binaan dan disebabkan itu saya datang buat saringan di klinik swasta ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI