fbpx

Pemeriksaan lebih ketat dalam kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Polis memperketatkan pemeriksaan di dua sekatan jalan raya (SJR) dan lima ‘check point’ yang dibuka sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar bermula hari ini hingga 1 Jun depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh memberitahu, pergerakan keluar masuk dari kawasan PKPD adalah dilarang kecuali bagi pekerja sektor perkhidmatan perlu atas urusan kerja.

“Mereka bagaimanapun dikehendaki melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum dibenar keluar dari kawasan PKPD.

“Keputusan saringan tersebut perlu ditunjukkan di SJR dan check point terlibat selain ketika memohon kebenaran rentas daerah di balai polis,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dua SJR di kedua-dua hala Plaza Tol Alor Setar Utara di sini tengah malam tadi.

Lima check point dibuka di Kepala Batas, persimpangan Telok Jamat dan Pokok Sena, Kuala Sala, Alor Janggus dan Kota Sarang Semut.

Sementara penutupan jalan kekal melibatkan sembilan lokasi iaitu Plaza Tol Alor Setar Selatan, Jalan Gunung Sungai Korok, Simpang Gelong Air Kangar, Simpang Gelong Air Padang Hang dan berdekatan lampu isyarat Titi Haji Idris.

Empat lagi di Simpang Jelai, Jalan Tok Keling, Tokai Simpang Empat, dan persimpangan lampu isyarat Bukit Pinang.

Kata beliau, pasukan pemantau Ops Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar juga ditambah daripada sembilan kepada 41 pasukan.

“Seramai 272 pegawai dan anggota polis IPD Kota Setar serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam penugasan kali ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI