fbpx

Patut dicontohi, Rizalman ‘lockdown’ syarikat demi keselamatan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizalman Ibrahim

PETALING JAYA – Menyedari penularan kes jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan, pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman bertindak melakukan penutupan dan penyekatan penuh syarikat miliknya, RIC Sdn. Bhd.

‘Lockdown’ melibatkan semua pekerja dan operasi penjualan dilakukan selama 2 minggu bermula malam tadi.

Rizalman atau nama sebenarnya, Rizalman Ibrahim, 50, memaklumkan pendekatan yang wajar dijadikan contoh ramai usahawan tempatan itu melalui satu kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Kami telah bersepakat melakukan penutupan dan penyekatan sementara penuh untuk semua pekerja dan penjualan di bawah RIC Group Sdn. Bhd. walaupun pihak kami telah berdaftar dan mempunyai pengiktirafan sijil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Penutupan dan penyekatan ini akan mengambil masa sehingga dua minggu atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Kenyataan media yang dimuat naik Rizalman dalam Instagramnya.

Oleh yang demikian, pihaknya memaklumkan penjualan atas talian produk di bawah Rinetwork iaitu T’Neeq dan T’Neeq Junior akan diberhentikan sementara pada pukul 12 tengah malam tadi sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.

“Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan mengambil kira keselamatan pekerja kami dan membantu mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19,” ujar kenyataan tersebut.

Usaha murni dan langkah bijak yang dilakukan Rizalman itu mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan pantas Datuk Rizalman dalam kepekaannya membantu mengurangkan penularan dalam sektor ekonomi.

Mereka juga berharap agar langkah yang diambil pereka fesyen itu dapat ditiru oleh para majikan lain dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam.

“Terbaik! Syarikat saya masih nak beroperasi taknak tutup. Duit lagi penting daripada kesihatan,” kata seorang pengguna Instagram dalam ruangan komen hantaran status Rizalman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI