Oleh SAYED HESHAM IDRIS
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19 dan kini mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.
“Beliau masih dirawat di HRPB. Bersama-samalah kita mendoakan kesembuhan Harussani,” katanya.
Sebelum ini tular mesej dalam aplikasi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu 11 Mei lalu. – K!ONLINE