fbpx

Meninggal dunia ketika daki Bukit Soga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menuju ke lokasi untuk membawa turun mayat warga emas yang meninggal dunia di puncak Bukit Soga, Muar, Johor hari ini. -Foto Ihsan bomba

BATU PAHAT- Aktiviti riadah tiga beranak mendaki Bukit Soga, di sini, petang hari ini bertukar tragedi apabila bapanya tiba-tiba rebah sebelum dilaporkan meninggal dunia di puncak bukit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 5.35 petang tadi, mangsa, Gan Tian Guan, 62, sebelum itu mengadu sakit kepala sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal mendapati pada pukul 4 petang, mangsa yang tinggal di Taman Putera, di sini sedang beriadah mendaki Bukit Soga bersama isterinya berusia 54 tahun dan anak perempuan mereka berumur 19 tahun.

“Setibanya mereka di puncak bukit pada ketinggian 286 meter, mangsa mengadu pening kepala dan terjatuh lalu tidak sedarkan diri.

“Anaknya kemudian bergegas turun ke bawah untuk meminta bantuan orang ramai bagi menghubungi pihak hospital, polis dan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ismail, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) yang hadir ke lokasi.

“Mayat diturunkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke HSNI untuk bedah siasat. Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Pegawai Bomba Kanan I, Rohaizat Hamdan berkata, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja membawa mangsa turun ke kaki bukit.

“Pihak bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI