fbpx

Maqis tahan 150kg benih belut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pegawai penguat kuasa Maqis menunjukkan benih belut yang dirampas di KLIA, Sepang Isnin lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan 150 kilogram (kg) benih belut, Anguilla bicolor bernilai RM61,612.50 yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui pintu keluar negara kargo Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, penahanan dilakukan ketika pihak berkuasa menjalankan operasi di gudang kawasan kargo KLIA sebelum dagangan tersebut dieksport pada pukul 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesalahan pada barang dagangan tersebut iaitu tidak mempunyai permit eksport Maqis.

“Sijil Kesihatan Perikanan yang dikemukakan kepada pegawai bertugas juga adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, kesalahan mengeksport dagangan hasil perikanan tanpa mempunyai permit eksport adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jelas beliau, Maqis sentiasa memandang serius perkara itu dan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan negara terpelihara.

“Langkah proaktif ini adalah bagi menjamin keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.-K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI