fbpx

Kerajaan tetap had harga siling RON95 dan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menetapkan had harga siling produk petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, keputusan itu diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat susulan peningkatan permintaan minyak mentah dunia yang turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia.

“Trend harga minyak global juga dipengaruhi oleh pelan vaksinasi Covid-19 yang mula dilancarkan secara beransur-ansur di seluruh dunia.

“Malaysia sendiri akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannnya bermula hujung Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi.

Katanya, paras harga siling bagi kedua-dua produk petroleum itu  adalah lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

“Kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengimbangi tanggungan subsidi kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI