fbpx

‘Kalau setiap negeri buat macam Selangor, entah berapa kali ganda jumlah sebenar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adibah Noor

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Adibah Noor melahirkan kerisauan sekiranya negeri-negeri lain di Malaysia melakukan ujian calitan Covid-19 secara percuma seperti Selangor, barangkali jumlah positif sebenar adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan.

“Selangor buat ujian calitan Covid-19 secara percuma. Jadi, jumlah kes positif memang tinggi sebab ramai turun padang.

“Bayangkan kalau setiap negeri buat yang sama. Misalnya, setiap negeri ada kes positif dalam 1,000 sehari. Campurkan dengan jumlah kes baharu setiap hari.

“Entah berapa kali gandalah agaknya sebenarnya,” ciap pelantun lagu Terlalu Istimewa itu menerusi Twitter.

Tangkap layar ciapan Adibah Noor dalam Twitter miliknya.

Ciapan yang dikongsi pemilik nama lengkap Adibah Noor Mohamed Omar, 51, mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna Twitter membalas ciapan tersebut: “Kes kurang tidak bermaksud tak berkualiti, barangkali sekadar syok sendiri. Kes tinggi tak semestinya tak bagus, sekurang-kurangnya kita tahu situasi yang sebenar.”

Hari ini, kes harian di Malaysia mencatatkan angka melebihi 6,000 dengan 6,075 kes dilaporkan.

Daripada jumlah itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi melebihi 2,000 dengan 2,251 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI