fbpx

Kadar vaksinasi akan meningkat mulai Jun, Julai dan Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi Covid-19 Malaysia dijangka akan meningkat lebih ketara mulai Jun, Julai dan Ogos depan.

Itu penjelasan diberikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksi kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Najib menerusi hantaran di Facebook semalam mendakwa, Malaysia memerlukan tempoh 6.1 tahun lagi bagi mencapai komuniti kelompok berdasarkan kadar vaksinasi terkini dilaksanakan negara ketika ini.

Khairy Jamaluddin berkata, jangkaan itu benar berdasarkan kadar vaksinasi terkini tetapi ia akan meningkat mulai Jun selari dengan ketibaan lebih banyak bekalan vaksin ke negara ini.

“Dengan peningkatan kadar vaksinasi itu, saya yakin komuniti kelompok dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

“Kita akan meningkatkan kadar agihan vaksin dari bulan ke bulan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, sebelum ini, agihan vaksin di seluruh negara setiap hari adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 suntikan dos namun, semalam ia mencecah 76,000 suntikan dos sehari dan jumlah itu akan terus meningkat.

Najib juga mendakwa kadar pemberian vaksin Malaysia adalah antara paling perlahan di Asean biarpun sudah bermula sejak tiga bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga mengesahkan bahawa ada beberapa syarikat tempatan yang berminat untuk mendaftarkan vaksin jenis Moderna di negara ini.

“Kita lepaskan vaksin berkenaan untuk pasaran swasta kerana ia vaksin yang mahal.

“Selain itu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga masih pada peringkat kajian data bagi vaksin jenis Sputnik,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI