fbpx

Jawi diarah selaras kutipan sumbangan untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyelaraskan kutipan sumbangan daripada masjid, surau dan anak-anak kariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebelum dapat diagihkan kepada rakyat Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau telah mengarahkan Jawi supaya menyelaraskan sumbangan berkenaan.

Beliau berkata, agensi-agensi agama lain di peringkat Persekutuan akan turut bekerjasama bagi penyaluran sumbangan yang bakal diserahkan pada hujung bulan ini.

“Saya amat terkesan dengan sebuah hadith Nabi SAW yang bermaksud, ‘Rawatlah pesakit dalam kalangan kamu dengan bersedekah’ (Hadis Riwayat Abu Daud)’.

“Mungkin dengan sumbangan ikhlas kepada rakyat Palestin ini, Malaysia akan kembali pulih daripada pandemik Covid-19 dengan izin Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, ikhtiar dan kebergantungan kepada Allah SWT amat penting dalam saat yang getir ini dan beliau turut mengajak umat Islam di seluruh negara supaya menghidupkan malam-malam dengan doa dan munajat.

“Moga Allah selamatkan Malaysia, moga Allah selamatkan Palestin,” katanya.

Bagi yang ingin menyumbang kepada Palestin boleh salurkan sumbangan ke Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM No. Akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama Yayasan Waqaf Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI