fbpx

FAM hantar surat rayuan kepada FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART menjelaskan bahawa (MFL) menanti keputusan MKN berhubung permohonan untuk menambah jumlah penonton pada aksi final Piala Malaysia.

PERSATUAN Bola Sepak Malay­sia (FAM) telah menghantar surat rayuan rasmi kepada Per­sekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meminta penyelesaian yang adil, susulan tindakan Korea Utara menarik diri daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, badan induk bola sepak negara itu menyeru agar FIFA membuat ketetapan yang saksama kepada semua pasukan bertanding pada baki saingan kelayakan yang akan bermula Jun depan.

Stuart berkata, penarikan diri Korea Utara telah membawa pelbagai kemungkinan termasuk pungutan mata hasil keputusan aksi menentang pasukan tempat terakhir setiap kumpulan tidak akan dikira.

“Situasi ini menyukarkan pe­rancangan serta peluang keba­nyakan pasukan memandang­kan pusingan kedua itu sudah memasuki penghujung saingan dengan berbaki tiga atau empat perlawanan.

“FAM turut berharap FIFA perlu tampil dengan satu penyelesaian atau ketetapan dengan menitikberatkan semangat keadi­lan dan mengambil kira faktor integriti dalam sukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, jika penolakan mata dilakukan, peluang skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe untuk meloloskan di­ri ke pusingan kelayakan sete­rusnya nampak sukar apabila dua kemenangan ke atas pasukan tercorot Kumpulan G, Indo­nesia sebelum ini tidak akan dikira.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini mengesahkan Persatuan Bola Sepak Korea Utara menarik diri daripada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Pia­la Asia 2023 dan akan merujuk perkara itu ke FIFA.

Skuad negara ketika ini sedang melakukan kem latihan pusat di Stadium Nasional Bukit Jalil akan berlepas ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu esok sebagai persiapan untuk mengharungi baki sai­ngan Kumpulan G bermula 3 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI