fbpx

Cubaan bawa masuk 24.75 tan serbuk susu gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara serbuk susu dari Perancis yang ditahan Maqis Johor ketika pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor semalam.

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan sebuah kontena berisi serbuk susu bernilai RM306,931.43 di Pelabuhan Pasir Gudang, semalam.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, barangan dagangan dari Perancis itu ditahan semasa pemeriksaan dibuat pada pukul 10.45 pagi.

“Semasa pegawai melakukan pemeriksaan, kami telah menemui sebuah kontena berisi serbuk susu seberat 24,750 kilogram kg (24.75 tan) bernilai RM306,931.43.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, nombor establishment yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan barangan itu adalah mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Hizzuan, barangan dagangan berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Beliau turut menasihati semua pengimport dan pengeksport agar mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia terpelihara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI