fbpx

ATM dirikan Field ICU di Kepala Batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota ATM menyiapkan Field ICU di Hospital Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendirikan Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Hospital Kepala Batas di sini hari ini bagi menampung kes kritikal pesakit Covid-19 yang semakin bertambah.

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan, Leftenan Kolonel Dr. Mohd. Zamri Derahman berkata, usaha berkenaan merupakan yang pertama menggunakan kaedah hibrid iaitu kontena sebagai bilik rawatan.

“Empat kontena digunakan iaitu sebuah akan dijadikan bilik X-ray, manakala tiga kontena lagi akan menempatkan 12 katil.

“Baki 15 katil lagi akan ditempatkan di tiga khemah khas yang akan dibina berdekatan yang mana menjadikan jumlah keseluruhan untuk merawat pesakit adalah sebanyak 27 katil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan Field ICU berkenaan akan mula beroperasi Sabtu ini, namun bergantung kepada persiapan kemudahan bekalan air, elektrik dan lain-lain.

Menurutnya, seramai lima pegawai perubatan termasuk dua pakar bius dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan 30 anggota perubatan ATM ditugaskan menguruskan pesakit di Field ICU berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 27 katil Field ICU akan dibina di negeri ini bagi menampung pertambahan kes kritikal Covid-19.

Katil wad ICU di hospital-hospital di negeri ini telah melebihi kapasiti 100 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI