fbpx

79 peratus katil ICU diguna untuk kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Sebanyak 79 peratus daripada jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Covid-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya telah diperuntukkan untuk kes wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kemasukan ICU Covid-19 termasuk yang disyaki atau kemungkinan dijangkiti di Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya telah meningkat sebanyak 94 peratus berbanding dua minggu lalu.

“Sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang berada di bawah tekanan yang amat besar. Petugas barisan hadapan sudah penat dan kelesuan.

“Bantu kami agar kami masih mampu untuk membantu anda jika dan bila masanya tiba. Duduk di rumah jika anda tidak mempunyai urusan penting di luar dan patuhilah prosedur operasi standard (SOP),” katanya di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit wabak itu dengan mengubah fungsi wad biasa.

“Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI