fbpx

46 kematian Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Sumber Facebook KKM.

PUTRAJAYA – Sebanyak 46 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian terkini di Malaysia mencecah 2,040 kes.

Semalam, kes kematian mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 47 kes.

Sebagai rekod, sejak beberapa hari lalu negara mula mencatatkan angka kematian melebihi 40 kes bermula dengan 44 kematian pada 15 Mei sebelum menurun 36 kes (16 Mei) dan meningkat semula kepada 45 kes (17 Mei) dan 47 (semalam).

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga terus meningkat kepada 47,340 kes.

“Selain itu, sebanyak 559 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 303 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,516 kes menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 436,116 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI