fbpx

3.3 peratus rakyat Selangor telah divaksin, antara negeri terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) sedang menerima suntikan vaksin Covid-19 semasa pelancaran Program Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat Selangor di Hospital Shah Alam, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Hanya 3.3 peratus penduduk di Selangor telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jumlah tersebut adalah sangat rendah berbanding jumlah penduduk negeri itu yang dianggarkan melebihi 6.7 juta.

“Jumlah ini sangat rendah berbanding negeri lain antaranya Kuala Lumpur, Pahang, Sabah dan beberapa negeri lain.

“Kita harap kerajaan dapat menumpukan pemberian vaksin ini di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara Facebook Live di sini hari ini yang turut disertai Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI