KERANCAKAN aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin menghampiri penghujungnya apabila kini tinggal dua perlawanan lagi sebelum saingan melabuhkan tirainya hujung minggu ini.
Para pengurus Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) perlu merencana percaturan terbaik tanpa menolak banyak mata pada saingan minggu ke-37 ini yang cukup getir buat sesetengah pasukan mencari tempat ke pentas Eropah musim depan.
Justeru, Kosmo! berkongsi pemilihan para pemain yang mampu menghadiahkan ‘kegembiraan’ dengan meraih mata maksimum buat pasukan-pasukan FPL pada saingan kali ini.
KAPTEN
JOE Willock dipilih sebagai kapten berdasarkan keyakinan dan prestasi semasanya yang cemerlang selepas berjaya menjaringkan lima gol daripada enam perlawanan terakhir bersama Newcastle
PENJAGA GOL
ALISSON muncul penjaga gol keenam dalam sejarah EPL yang berjaya menjaringkan gol sekali gus terus menjadi pilihan memastikan gawang Liverpool tidak dibolosi menentang Burnley dalam misi ke Liga Juara-Juara.
PERTAHANAN
AARON Wan-Bissaka dilihat mampu mengutip enam mata penuh selain tambahan mata bonus jika berjaya merakam jaringan atau mencipta gerakan gol menentang Fulham awal pagi esok.
TENGAH
JACK Harrison berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima pemain tengah paling bernilai ketika ini terutama selepas meledak satu gol dan mencipta dua umpanan jaringan ketika menang ke atas Burnley pada Sabtu lalu.
PENYERANG
EDINSON Cavani dijangka memainkan peranan selaku penyerang utama United untuk menggegar gawang Fulham yang sudah dibolosi dalam lapan perlawanan berturut-turut sejak Mac lalu.