fbpx

Warga emas huni rumah usang, daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah usang yang dihuni warga emas terbabit.

SEREMBAN – Tiada siapa sangka, dalam kerancakan pembangunan di bandar ini, masih terdapat golongan masyarakat yang hidup serba kekurangan di dalam sebuah rumah yang boleh dianggap usang, uzur dan daif.

Kesemua penghuni rumah berkenaan yang terletak di Jalan Quek Kai Dong (Jalan Limbok) itu terdiri daripada mereka yang tidak berkemampuan dan menyewa di dalam kediaman yang bercampur lelaki dan perempuan serta terdiri berbilang bangsa.

Lebih memilukan, empat orang daripada tujuh penghuni rumah tersebut merupakan warga emas dan ada daripada mereka yang tidak mampu lagi bekerja serta mengharapkan ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan makanan.

Kehidupan mereka diketahui selepas kebanyakan penghuni berkenaan saban hari beratur untuk mengambil makanan di Pusat Gelandangan Dapur Kausar, Jalan Kapitan Tam Yeong dekat sini yang terletak tidak jauh dari rumah tersebut.

Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali berkata, setiap kali gelandangan datang mengambil makanan, pihaknya akan memeriksa sama ada mereka betul-betul mampu atau tidak bagi menyara kehidupan.

“Saya terpanggil untuk melihat sendiri kehidupan mereka yang sering beratur mengambil makanan daripada pihak kami. Saya juga tidak sangka kerana mereka yang kebanyakannya warga emas hidup dalam keadaan daif seperti ini.

“Saya difahamkan ada penghuni yang sudah lebih 15 tahun mendiami rumah usang itu yang dikatakan mempunyai hampir lapan buah bilik. Saya sendiri melihat keadaan mereka dan agak sedih dengan keadaan itu yang sepatutnya mendapat perhatian pihak berwajib” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI