fbpx

Warga asing leka berjudi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai sembilan warga Bangladesh dan Myanmar yang sedang leka berjudi ditahan di sebuah premis di sekitar ibu negara di sini semalam.

Serbuan pukul 6.30 petang itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Jalan Brunei 2, Off Jalan Pudu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis turut menahan tiga lagi lelaki disyaki penjaga premis masing-masing seorang rakyat tempatan, Bangladesh dan Myanmar.

“Kesemua tangkapan termasuk pemain warga asing yang sedang leka berjudi jenis mesin slot itu berusia antara 17 tahun hingga 71 tahun.

“Polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai untuk aktiviti perjudian seperti kotak pertaruhan judi, set mesin perjudian, pengisian kredit judi dan wang tunai berjumlah RM10,213,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, tahanan reman ke atas tangkapan telah dibenarkan hari ini dengan rakyat tempatan sehingga Khamis ini, manakala warga asing sehingga Jumaat ini.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PDRM turut memohon kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti perjudian khususnya di daerah Dang Wangi dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI