fbpx

Tujuh lelaki dikompaun RM5,000, berkumpul minum ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) ketika mengadakan lawatan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Kampung Pauh Lima, Bachok hari ini. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

BACHOK – Tindakan tujuh lelaki yang berkumpul beramai-ramai sambil minum air ketum di dalam sebuah rumah di Kampung Tempoyak dekat Kadok, Kota Bharu semalam membawa padah apabila setiap seorang daripada mereka dikompaun RM5,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis menyerbu rumah salah seorang suspek kira-kira pukul 11 malam sebelum mendapati mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sedang berkumpul kononnya sedang mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, serbuan itu dijalankan selepas polis menerima aduan dan maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan mereka.

Katanya, ketika serbuan, tujuh lelaki itu berada dalam keadaan khayal dipercayai kesan daripada pengambilan air ketum.

“Setiap seorang daripada mereka dikompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul beramai-ramai.

“Orang lain membuat jamuan dengan juadah raya, tetapi mereka mengadakan rumah terbuka dengan menghidangkan ketum,” katanya ketika ditemui ketika melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pauh Lima di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 telah dibebaskan dengan jaminan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI