fbpx

Sharifah Rose tidak serik berlakon, walau digelar ‘pokok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE menganggap kritikan netizen sebagai nasihat untuk kelangsungan karier lakonannya.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial atau instafamous yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose tidak ambil hati dan sedia menerima kritikan terhadap mutu lakonannya.

Sharifah atau nama sebenar­nya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 23, berkata, dia juga tidak pernah serik dan akan terus berlakon selagi diberi peluang dan kepercayaan daripada penerbit drama.

“Pada pandangan saya, kecaman dan teguran itu perlu. Dari situ, saya akan melihat semula kesilapan dan apa yang perlu ditambah baik dalam lakonan. Tiada manusia yang sempurna.

“Selagi diberikan kepercayaan dan peluang, saya tidak akan serik untuk berlakon. Ini ha­nyalah permulaan karier lakonan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sharifah yang lebih mesra di­sapa sebagai Rose memberitahu, dia menyifatkan kecaman netizen yang dilemparkan kepada­nya sebagai satu bentuk nasihat dan pandangan demi kelangsu­ngan karier seninya.

Terdahulu, keterujaan Sharifah berkongsi lakonan perda­nanya menerusi drama bersiri Kekasih Hati Mr. Bodyguard menerima kecaman netizen sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai kayu.

Tidak cukup dengan itu, Sharifah yang gandingan bersama pelakon Redza Rosli turut dikecam kerana gedik dan sekadar tangkap muat.

“Oh Sharifah Rose ke? Ingatkan pokok mana tadi. Kayu be­tul. Kasihan Redza Rosli cakap sorang-sorang.

“Macam mana dia boleh dapat tawaran (berlakon),” tulis netizen.

Dalam pada itu, di sebalik komen-komen nista yang ditinggalkan, ada pengikut yang memuji usaha Sharifah dalam dunia lakonannya.

“Dia baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Ada juga pelakon lain semasa di awal kemunculan kayu juga. Beri dia masa,” komen netizen.

Drama bersiri 20 episod arahan sutradara Nizam Zakaria itu bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3.

Sebelum ini juga, nama Sharifah menjadi panas apabila terpalit isu lambakan instafamous jadi pelakon yang lantang disua­rakan beberapa artis senior se­perti Izara Aisyah, Tony Eusoff, Rusdi Ramli dan Rita Rudaini.

Untuk rekod, Sharifah mula dikenali ramai sebagai instafamous dan model sambilan bebe­rapa tahun lalu.

Gadis itu juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI