fbpx

Polis rakam keterangan 5 individu termasuk selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular membabitkan keluarga selebriti tempatan yang didakwa melanggar SOP PKP baru-baru ini

PETALING JAYA – Polis telah merakam keterangan lima individu termasuk seorang selebriti tempatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua yang dipanggil telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 10 pagi.

“Kes masih dalam siasatan polis dan kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan mematuhi SOP PKP oleh keluarga seorang selebriti susulan penularan gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri di media sosial.

Polis turut mengesan penularan gambar tersebut di media sosial memaparkan sambutan hari raya keluarga selebriti berkenaan yang disyaki tidak tinggal sebumbung kira-kira pukul 4 petang semalam.

Kejadian disyaki berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang dan menerusi gambar itu terdapat lebih kurang 13 individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan iaitu program ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI