fbpx

Jangan bergantung harap pemain naturalisasi sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE mengakui terbuka dengan tawaran mana-mana pasukan Liga M selepas meletakkan jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya awal bulan ini.

PASUKAN negara tidak boleh terus mengharapkan magis daripada dua pemain natura­lisasi baharu, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula bulan depan.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe bertegas semua pemain mempunyai peranan yang penting dalam pasukan tetapi tidak menolak impak kedua-dua tonggak tersebut penting khususnya menentang pasukan yang memiliki ke­lebihan fizikal seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Kata Cheng Hoe, barisan kejurulatihan masih lagi menilai aspek taktikal dan teknikal apabila menentang UAE pada aksi pembukaan yang akan berlangsung di Dubai pada 3 Jun depan.

“Semua pemain yang dipanggil mempunyai peranan yang penting dan Liridon serta de Paula juga tidak terkecuali. Namun, kami masih lagi menilai daripada sudut taktikal yang akan diatur pada setiap perlawanan nanti.

“Tidak dinafikan aspek fizikal juga menjadi salah satu faktor penting dalam memantapkan pasukan tetapi apa yang penting bagi saya adalah keseimbangan daripada semua posisi selain keserasian dalam kalangan pemain,” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe turut mengesahkan pemain pertahanan, Syahmi Safari sudah melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan semalam selepas diberikan pelepasan untuk menguruskan hal peri­badi.

“Syahmi telah diberi pelepasan kerana ada ujian menimpa keluarganya baru-baru ini. Namun, kami sebagai satu pasukan akan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya dan saya harap dia kekal tabah dengan cabaran yang menimpa,” katanya.

Skuad negara akan terbang ke Dubai dan dijadualkan bertemu dengan Kuwait pada 23 Mei sebelum terbang ke Manama untuk aksi persahabatan kedua menentang Bahrain pada 28 Mei pada aksi persahabatan antarabangsa.

Kemudian, Harimau Malaya akan melengkapkan tiga baki saingan Kumpulan G dengan bertemu UAE diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI