fbpx

Bintang pop, Ariana Grande sah berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariana Grande berkahwin secara senyap-senyap pada hujung minggu lalu. - Google

SACRAMENTO, California – Penyanyi popular antarabangsa, Ariana Grande dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap dengan tunangnya, Dalton Gomez, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dikatakan telah berkahwin dengan Gomez, 25, seorang ejen hartanah pada hujung minggu lalu berhampiran rumahnya di Montecito, California.

Pasangan ini bertunang pada sambutan Hari Krismas tahun lalu selepas bekenalan awal Januari 2020. – Instagram

“Mereka sudah berkahwin,” wakil penyanyi itu mengesahkan kepada majalah PEOPLE!.

“Ia sebuah majlis yang kecil dan intim serta dihadiri kurang daripada 20 orang,” kata wakil Grande.

Sumber rapat  pemenang Grammy mengesahkan kepada pihak media bahawa majlis rahsia itu berlaku berhampiran rumahnya di California di mana selebriti terkenal seperti Oprah Winfrey, Ellen DeGeneres dan Putera Harry dan Meghan Markle tinggal berhampiran.

Ariana dikatakan telah membeli rumah milik DeGeneres, sebuah rumah besar gaya Tudor seluas 5,500 kaki persegi bernilai $ 6.75 juta (RM28 juta) pada Ogos tahun lalu.

Sumber itu juga mendakwa bahawa upacara itu dirancang hanya untuk keluarga terdekat pengantin tetapi tidak jelas apakah ia adalah keputusan secara tiba-tiba atau tidak.

“Mereka memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini kerana jadual mereka semakin sibuk dan tidak mahu menunggu,” kata sumber itu.

Laporan itu mendakwa bahawa upacara itu dilakukan di halaman belakang rumah Grande dengan dihiasi ratusan bunga putih dan merah jambu muda.

Pasangan ini bertunang sebelum Hari Krismas dan telah saling berkongsi kisah cinta di media sosial.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI