fbpx

Anggota polis cedera bergelut tahan OKT sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang anggota polis mengalami kecederaan akibat bergelut dengan seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri dari Hospital Selayang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku pukul 1 tengah hari membabitkan dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

“Kedua-dua anggota tersebut ditugaskan untuk menjaga seorang OKT rakyat tempatan berusia 39 tahun yang mengalami penyakit sawan di wad pemerhatian, Hospital Selayang.

“Ketika pemantauan, OKT itu sedang berbaring dan mengalih kedudukan untuk duduk di atas katil dengan tangan kiri masih dalam keadaan bergari di bahagian kepala katil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, OKT tersebut tiba-tiba terus melompat dari katil dan berlari ke arah luar hospital dalam keadaan tangan kiri masih bergari, namun besi kepala katil itu telah tercabut.

“Dua orang anggota polis mengejar OKT sejauh kira-kira 120 meter sebelum berjaya menahan semula lelaki terbabit. Bagaimanapun, salah seorang anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan selepas berlaku pergelutan ketika proses tangkapan dilakukan.

“OKT itu ditahan bersabit satu kes rogol di IPD Sungai Buloh dan dimasukkan ke Hospital Selayang pada Ahad lalu. Ekoran kejadian tersebut, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” jelasnya.,

Tambahnya, polis turut menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI