fbpx

Polis terus kawal ketat kemasukan ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa memeriksa permit atau surat kebenaran rentas daerah sebelum penumpang dibenarkan menaiki feri di Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Polis terus mengawal ketat kemasukan penumpang feri menerusi Terminal Feri Penumpang Kuah di sini bagi memastikan tiada yang lolos ke pulau peranginan itu tanpa kebenaran rentas daerah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pemeriksaan yang dilakukan setakat ini mendapati semua penumpang mempunyai permit kebenaran daripada pihak polis atau surat pengesahan majikan dan doktor.

“Pemeriksaan dan kawalan di pintu masuk itu turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah serta polis bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan sama turut dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dalam pada itu, terdapat cadangan di Facebook supaya operasi feri ke Langkawi dihentikan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PK) 3.0 ini bagi mengelak berlaku penularan Covid-19 di pulau peranginan itu.

Pegawai Daerah Langkawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata, setakat ini tiada perbincangan untuk menutup terus laluan feri ke Langkawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI