fbpx

Pindah rumah setiap 2 tahun kerana bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sophia pindah rumah setiap dua tahun kerana bosan tinggal di rumah yang sama. - Google

JAKARTA – Selebriti dan model Indonesia, Sophia Latjuba mengakui sering pindah rumah setiap dua tahun kerana bosan tinggal di kediaman sama, lapor Suara.com, semalam.

Menurut bekas kekasih vokalis NOAH, Ariel itu, dia tidak memiliki rumah sendiri dan lebih selesa menyewa sahaja.

“Harga rumah di Jakarta tidak masuk akal, tidak berbaloi dengan keadaan rumah yang ditawarkan.

“Adakah anda tahu rumah di Jakarta itu setara harganya dengan banglo di Beverly Hills, Hollywood?” katanya.

Tambah Sophia, dia suka dengan tradisi pindah rumah setiap dua tahun kerana boleh meneroka daerah, kawasan perumahan baharu dan boleh menukar citarasa dalam pemilihan perabot serta reka bentuk dalaman.

“Seronok setiap dua tahun pindah rumah baharu sebab saya tidak boleh kekal di rumah sama sahaja. Itu akan membuatkan saya jadi gila,” jelas Sophia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI