fbpx

Penjara 10 tahun, denda RM70,000 jika sokong Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Al Khalid sangat tegas dalam mempertahankan isu Palestin. -AFP

KUWAIT CITY – Kerajaan Kuwait  mengumumkan hukuman penjara 10 tahun dan denda 5,000  Dinar (RM68,598) terhadap mereka yang menyokong Israel secara terang-terangan termasuk  di media sosial, lapor MMNews.TV baru-baru ini.

Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal yang terkenal di peringkat antarabangsa, Mir Mohammad Alikhan berkongsi berita mengenainya di media sosial minggu lalu.

“Kuwait mengumumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau di  media sosial dari  Kuwait akan dipenjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 5,000 dinar.

“Amaran itu mungkin kedengaran keras tetapi Tuan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (Pakistan), saya berpendapat anda juga perlu melakukan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid telah menegaskan prinsip dan keteguhan negaranya dalam mendukung pilihan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.

“Perjuangan Palestin masih mempunyai kedudukan penting dalam sejarah dan dunia Arab serta Islam,” kata Sabah pada sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pautan video.

Al-Sabah menekankan pentingnya usaha berterusan untuk melancarkan semula rundingan untuk mencapai perdamaian yang adil dan menyeluruh sesuai dengan Inisiatif Damai Arab.

Beliau menyeru Israel menamatkan pendudukannya di Genting Gaza  dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI