fbpx

Pengurus diambil keterangan isu tular kompaun raya di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status berkenaan

SEREMBAN – Polis telah mengambil keterangan pemilik akaun Twitter @lcsmxms berhubung hantaran berbentuk fitnah kepada pasukan polis mengenai pelaksanaan kompaun perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian, Nilai di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, suspek berusia 42 tahun yang merupakan pengurus syarikat penerbitan buku itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pukul 9 pagi semalam dan telah pun ditangkap.

“Gajet yang digunakan untuk memuat naik fakta isu telah dirampas bagi membantu siasatan. Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan lanjut berhubung isu berkenaan masih dijalankan.

“”Kes kini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam , Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (no 2) 2021 kerana menyebarkan berita tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Fazley berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati dalam memuat naik kenyataan di media sosial bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikuatkuasakan,” tegasnya.

Sebelum ini, polis menafikan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 kepada tuan rumah dan RM5,000 kepada tetamu atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri 2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI