fbpx

PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan pertukaran 12 pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa serta merta bermula 21 Jun ini.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, antara yang terlibat dalam pertukaran tersebut adalah Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah, Asisten Komisioner Abd. Ghafar Ibrahim.

“Abd. Ghafar akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi, Pahang dan kekosongan ditinggalkannya akan diambil alih oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi, Kedah, Asisten Komisioner Zaimy Mohamad Nawi.

“Pegawai Turus E1C1 Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizon Othman pula akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Zaimy,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Skandaguru, pertukaran seterusnya melibatkan ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah, Asisten Komisioner Habibi Majinji kepada Timbalan Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri yang bertukar dengan Asisten Komisioner Wan Badrulhisham Wan Osman.

“Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, Asisten Komisioner Che Mohd. Azemin Che Lah akan bertukar menjadi Penolong Pengarah (Pematuhan), JIPS Bukit Aman.

“Kekosongan yang ditinggalkan oleh Che Mohd. Azemin pula akan diisi oleh Ketua Polis Daerah Gombak, Selangor, Asisten Komisioner Arifai Tarawe,” ujar beliau.

Tambah Skandaguru, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Shukhairy Abd. Sabhe pula akan mengisi kekosongan sebagai Ketua Polis Daerah Gombak, Selangor.

“Turut ditukarkan adalah Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling), JIPS Bukit Aman, Asisten Komisioner Zulkipli Hassim menjadi Penolong Pengarah (Kesejahteraan/ Organisasi), Bahagian Agama dan Kaunseling, JIPS Bukit Aman.

“Kekosongan yang ditinggalkan oleh Zulkipli akan diisi oleh Penolong Pengarah (Agama), Bahagian Agama dan Kaunseling JIPS, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Zakarim Abdullah@Zakaria,” katanya.

Skandaguru berkata, tiga pertukaran terakhir melibatkan Penolong Pengararah (Kesejahteraan/ Organisai), Bahagian Agama dan Kaunseling JIPS Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Zuhairi Hamzah yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Mohd. Zakarim.

“Penolong Pengarah (Pematuhan), Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, Asisten Komisioner Glenn Anthony Sinnappah akan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Shukhairy,” jelas beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI