GEORGE TOWN – Pasar Awam Jelutong di sini diarah tutup bermula hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan diumumkan kelak selepas empat peniaga dikesan positif Covid-19.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, penutupan itu dibuat serta merta bagi menjaga keselamatan awam dan proses sanitasi akan segera dijalankan di pasar berkenaan.
“Seramai 60 peniaga di dalam pasar, 186 gerai tapak penjaja sementara di Jalan Penaga dan Jalan Ipoh serta 32 penjaja statik sementara Lorong Ipoh terlibat dengan arahan penutupan ini.
“Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan selanjutnya ke atas peniaga-peniaga di pasar ini,” katanya pada sidang akhbar menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Menurut Tung Seang, pembukaan semula pasar berkenaan akan diumumkan menerusi media sosial rasmi MBPP. – K! ONLINE