fbpx

Parlimen Arab kecam Eropah kerana membisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen Arab mengecam keras serangan Israel yang kejam terhadap rakyat Palestin. - EPA

LONDON – Parlimen Arab mengecam sikap membisu Parlimen Eropah yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pendirian mengenai keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel ke atas rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Parlimen Arab mengkritik keputusan Parlimen Eropah untuk berdiam diri di saat negara-negara dunia lain menyatakan penolakan mereka terhadap keganasan Israel, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

“Serangan Israel ke atas Palestin adalah pencabulan secara terang-terangan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan,” tulis kenyataan itu.

Parlimen Arab berkata, kebisuan dan kegagalan Parlimen Eropah menangani pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel terhadap rakyat Palestin mencerminkan dasar  pilih kasih dan pendekatan tidak seimbang apabila melibatkan Rejim Zionis.

Organisasi itu turut menuduh Parlimen Eropah sengaja bertindak bertindak sedemikian atas kepentingan politik masing-masing berbanding mengutamakan hak asasi manusia.

Parlimen Arab mengecam keras serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin, dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak untuk menghentikan keganasan Rejim Zionis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN