fbpx

Mesej tular vaksin tambahan untuk penduduk Selangor adalah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Selangor menegaskan mesej tular yang mendakwa kerajaan Selangor melancarkan vaksin tambahan untuk penduduknya adalah palsu dan tidak benar.

Pengerusinya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp yang antaranya menyatakan ‘The Selangor Government is rolling out additional 500 Sinovac vaccines to Selangorians’ baru-baru ini.

“Segala kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan vaksin Covid-19 di Selangor hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atau pihak kami sahaja.

“Saya menyeru agar rakyat di negeri Selangor mendapatkan maklumat yang sahih melalui platfrom media sosial yang tepat seperti di laman Facebook rasmi Menteri Besar Selangor, Selangor Task Force Covid-19 dan Media Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI