fbpx

Memori duka Syawal pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR (kanan) bersama Norkhatijah dan cucunya menziarahi pusara isteri dan anaknya yang terkorban dalam kemalangan di Pontian tiga tahun lalu.

PONTIAN – Ketika umat Islam lain menunggu saat untuk bertakbir di pagi Syawal, namun suasana itu tidak bagi Azhar Zainal, 42, selepas dia kehilangan dua insan tersayang tiga tahun lalu.

Pengawal keselamatan itu kehilangan isterinya, Norasmah Ab. Karim dan Muhammad Azqullah yang terkorban dalam kemala­ngan di persimpa­ngan Pekan Telok Kerang di sini pada 23 Jun 2018.

Menceritakan detik sedih itu, Azhar memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya serta ibu mentua­nya menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Kukup di sini.

“Setibanya di lokasi tersebut, pandangan saya jadi gelap seketika sebelum ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu warga asing keluar dari simpang secara tiba-tiba.

“Saya tidak sempat membrek sebelum dilanggar kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui di Jalan Chokoh, Kampung Serkat di sini baru-baru ini.

Cerita Azhar, kemalangan tersebut menyebabkan isteri dan anak bongsunya meni­nggal dunia di tempat kejadian selepas meng­alami kecederaan parah di badan.

“Saya, ibu mentua dan seorang lagi anak (Muhammad Aizat) terselamat dan hanya mengalami ce­dera ringan,” katanya.

Azhar berkata, dia kini tinggal bersama empat lagi anaknya iaitu Siti Norkhatijah, 24, Siti Norhidayah, 21, Siti Norafizah, 16, dan Muhammad Aizat, 16.

Turut tinggal bersama mereka ialah suami Norkhatijah, Muhamad Alip dan dua cucu.

Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Kukup itu berkata, setiap kali merindui dua insan tersebut, dia akan melihat gambar selain men­ziarahi pusara mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Piai di sini.

“Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, kami sekeluarga pasti akan terkenang saat-saat manis berbuka dan menyambut raya bersama.

“Sebelum ini, menjelang Hari Raya Aidilfitri, arwah isteri pasti sibuk menyiapkan juadah antaranya ketupat, rendang, sate dan lain-lain sajian untuk tetamu, tetapi semua itu sudah tinggal kena­ngan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI