fbpx

Lupa SOP, artis syok tayang gambar meriah ziarah raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA 'kemeriahan' gambar raya selebriti tanah air yang mengundang persoalan netizen.

TINDAKAN beberapa selebriti memuat tnaik gambar menyambut hari raya bersama seisi keluarga (tidak termasuk yang bukan sebumbung) nyata mengundang kemusykilan ramai.

Perbuatan yang pastinya menjadi sasaran teropong netizen sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sekali lagi menyemarakkan kemarahan ramai.

Entah terlupa dengan prosedur operasi standard (SOP) tiada aktiviti ziarah iaitu lebih tepat Aidilfitri dirayakan hanya bersama anggota satu rumah sahaja, mungkin juga mereka sudah bersedia dengan wang berkepuk untuk membayar kompaun.

Antara yang menjadi bualan netizen sejak kelmarin perlakuan aktor Gerak Khas, Norman Hakim yang dilihat berkongsi momen raya bersama keluarga bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya serta anak mereka.

Menyaksikan komen-komen menjurus kepada pertanyaan mengenai perhimpunan keluarga besar seramai 13 orang, suami kepada Memey Suhaiza itu dilihat menutup ruangan komen.

Bukan sahaja peminat, golongan selebrtiti seperti Que Haidar turut menyuarakan teguran berhubung perkara berkenaan. Nama Rozita Che Wan yang turut mengabadikan gambar Aidilfitri saudara-mara terdekat turut dinyatakan.

Secara sinikal Que tertanya-tanya adakah semua anggota keluarga mereka yang terlibat tinggal sebumbung sehingga boleh berhimpun sebegitu meriah.
Abby Abadi pula mengambil pendekatan membalas perkongsian aktor terbabit menerusi Insta Story akaunnya dengan menegaskan dia dan keluarga bekas suaminya memang rapat.

“Hari biasa lepak rumah kita (kami), kadang-kadang rumah Norman. Bulan puasa selang sehari berbuka bersama, takkan raya tak boleh jumpa? Apa yang dengki sangat tu?” katanya.

Pada masa sama, Que turut meluahkan kemusykilan serupa dalam Instagram terhadap keluarga seorang menteri kanan bersama anak dan menantunya.

Barangkali ada yang berpendapat pihak berkuasa tidak mungkin dapat memantau aktiviti semua orang hingga ke dalam rumah, tetapi jangan lupa kuasa netizen mampu menyelongkar segala ruang.

Teropong warga maya bekerja 24 jam tujuh hari seminggu, ibaratnya mereka bergabung bagi memantau suasana, tambahan pula isu ‘golongan kayangan’ berleluasa.

Apabila kerajaan sudah memutuskan jangan kunjung mengunjungi, SOP berkenaan digariskan untuk semua tanpa mengira pangkat dan darjat.

Rasa tidak puas hati neziten mungkin disebabkan mereka merasakan pihak berkuasa hanya menggandakan rondaan di kawasan flat, kampung dan perumahan sederhana sepanjang awal Syawal seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Dari situ, tentu timbul rasa diskriminasi atau wujud pilih kasih dari segi pemantauan dan penguatkuasaan, sedangkan barangkali memang ada rondaan di kawasan elit, namun tiada siapa peduli.

Saat angka pesakit dan kematian akibat Covid-19 semakin meningkat, amaran terbabit seakan-akan tidak diendahkan.

Ketepikan seketika sikap segelintir ahli masyarakat yang berdegil melakukan ziarah sejak 1 Syawal lalu, memandang mereka bukan orang dikenali seperti selebriti atau ahli politik. Mereka juga dikompaun, namun impaknya tidak sehebat artis atau orang kenamaan.

Baik atau buruk tindakan mereka, ada harga yang perlu dibayar.

Lihat saja nasib penyanyi muda, Masya Masyitah yang dikecam secara berjemaah selepas kisahnya dapat berhari raya di kampung menjadi topik perbincangan netizen sehingga membawa kepada siasatan polis.

Selepas didakwa menggunakan ‘tiket’ ibu PJJ (pasangan jarak jauh) dengan bapanya, dia yang pada awalnya mengunci mulut menegaskan gambar seisi keluarga berbaju sedondon adalah gambar lama.

Kes membabitkan Marsya bukan baharu memandangkan sebelum ini isu pensohor media sosial dan selebriti langgar SOP sudah bukan luar biasa.

Kemarahan netizen mungkin sudah memuncak memikirkan hanya mereka yang perlu mengorbankan nikmat berhari raya demi memutuskan rantaian Covid-19 .

Berbalik kepada gambar istimewa raikan 1 Syawal, bagi yang sudah ‘terkongsi’ detik menggembirakan bersama insan tersayang yang bukan sebumbung, belum terlambat untuk memadamkannya.

Simpan saja kenangan tersebut untuk ditatap menerusi telefon bimbit, bukan menunjuk-nunjuk dalam media sosial dan menambah luka hati insan lain atau risiko dikompaun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI