fbpx

Korban usia remaja demi jaga ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK MOHAMAD ALIS (kanan) menguruskan ibunya yang mengalami serangan angin ahmar dan lumpuh separuh badan sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kampung Menuang, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Tiada apa yang lebih membanggakan bagi seorang remaja selain melupakan seketika usia remajanya dengan pelbagai aktiviti sosial semata-mata untuk mengambil tanggungjawab menjaga ibunya yang disahkan mengalami serangan angin ahmar dan lumpuh separuh badan sejak tiga tahun lalu.

Nik Mohamad Alis Nik Ab. Rashid, 16, berkata, dia kini perlu bijak membahagikan masa de­ngan menjaga ibunya, Nik Jah Yusoff, 53, selain menumpukan perhatian dalam pelajaran untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun depan.

Menurut remaja itu, bapanya Ab. Rashid Jusoh, 57, meninggal dunia dua hari sebelum 1 Syawal baru-baru ini akibat mengalami penyakit tibi.

“Sebelum ini, ayah bekerja sebagai tukang kayu dan kami hilang tempat bergantung selepas arwah tidak boleh keluar mencari rezeki. Ibu pula hanya terlantar di rumah.

“Ibu memerlukan penjagaan rapi ekoran lumpuh separuh badan. Saya merupakan anak tunggal dan kini mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga ibu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Menuang, Atas Paloh di sini semalam.

Nik Mohamad Alis berkata, meskipun sakit, ibunya tidak pernah merungut dengan kea­daan itu, malah tetap bersyukur kerana saya sanggup menjaga­nya.

Katanya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini memberi ruang kepadanya untuk menjaga ibu sepenuh masa.

“Saya masih bersyukur mempunyai ibu di sisi meskipun sambutan Aidilfitri tahun ini tidak semeriah berbanding tahun lalu. Paling terkesan apabila saya kehilangan ayah dua hari sebelum Syawal.

“Kami juga terpaksa menangguhkan bayaran rumah sewa seba­nyak RM400 selepas ayah hilang punca pendapatan sebelum meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Meor Shamsir Meor Zulkefli Auni bersama rombongan yang turut menyampaikan sumbangan.

Menurut Meor Shamsir, pihaknya kini berusaha untuk membantu keluarga itu dengan membayarkan sewa rumah yang tertunggak di samping menyampaikan bantuan zakat.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank BSN Nik Mohamad Alis Nik Ab. Rashid, 0301-0411-0010-1797 atau hubunginya di talian 017-5172270. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI